Rabu, 31 Mei 2023

PESANAN TERAKHIR PENGASAS APPLE

Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod)

Dia meninggal dunia sebagai Billionaire pada usia 56 tahun Kanser Pankreas dan inilah kata-kata terakhirnya di tempat tidur yang sakit:

"Saya mencapai puncak kejayaan dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, hidup saya adalah lambang kejayaan.
Pandangan orang lain, hidup saya adalah sempurna, namun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya sedikit kegembiraan. 

Akhirnya, "kekayaan" hanyalah yang saya kejar dalam kehidupan saya.

Pada masa ini, berbaring di tempat tidur yang sakit dan mengingat kembali seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang sangat saya banggakan, menjadi pucat dan menjadi tidak bermakna dalam menghadapi kematian yang akan datang.

Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, menjana kekayaan untuk anda tetapi anda tidak boleh meminta seseorang menanggung penyakit untuk anda.
Perkara-perkara material yang hilang dapat dijumpai. Tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai ketika hilang - "Hidup".
Apabila seseorang masuk ke bilik operasi, dia akan menyedari bahawa ada satu buku yang belum selesai dia baca - "Buku Hidup Sihat."

Apa sahaja tahap kehidupan kita sekarang, dengan masa, kita akan menghadapi hari ketika tirai itu turun. Harta sebenar manusia adalah keluarga, cinta untuk pasangan anda, cinta kepada rakan anda ...Layan diri anda dengan baik. Hargai yang lain.

Apabila kita semakin tua, dan dengan lebih bijak, kita perlahan-lahan menyedari bahawa 

-memakai jam tangan $ 300 atau $ 30 - mereka berdua memberitahu masa yang sama ...

Sama ada kita membawa dompet / beg tangan $ 300 atau $ 30 - jumlah wang di dalamnya sama.

Sama ada kita memandu kereta bernilai $ 150,000 atau $ 30,000, jalan dan jaraknya sama, dan kita sampai ke destinasi yang sama.

Sama ada rumah yang kita tinggal seluas 300 atau 3000 kaki persegi - kesunyian adalah sama.

Anda akan sedar, kebahagiaan batin anda sebenarnya bukan berasal dari perkara-perkara material di dunia ini.

Sama ada anda terbang pertama atau kelas ekonomi, jika kapal terbang turun - anda turun dengannya ...

Oleh itu .. Saya harap anda sedar, apabila anda mempunyai pasangan, rakan dan rakan lama, saudara dan saudari, dengan siapa anda berbual, ketawa, bercakap,berhibur.. Itulah kebahagiaan sejati.

Lima Fakta Kehidupan yang Tidak Dinafikan:
1. Jangan mendidik anak-anak anda untuk menjadi kaya. Didik mereka untuk Bahagia. Oleh itu, apabila mereka dewasa mereka akan mengetahui nilai perkara bukan harganya.

2. "Makan makanan anda sebagai ubat anda. Jika tidak, anda harus makan ubat sebagai makanan anda."

3. Orang yang mengasihi anda tidak akan pernah meninggalkan anda kerana yang lain walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan mencari satu alasan untuk bertahan.

4. Terdapat perbezaan besar antara manusia dengan manusia. Hanya sebilangan kecil yang memahaminya.

5. Anda disayangi semasa anda dilahirkan. Anda akan disayangi semasa anda mati. Jika diantara kedua waktu itu anda mengurus hidup anda dengan baik.

CATATAN TAMBAHAN : Sekiranya anda hanya mahu Berjalan Cepat, Berjalan Sendiri! Tetapi jika anda mahu Berjalan Jauh, Berjalan Bersama!

Enam Doktor Terbaik di Dunia yang sering dilupakan.
1. Cahaya matahari
2. Rehat
3. Bersenam
4. Diet
5. Keyakinan Diri dan
6. Kawan

Kekalkan mereka dalam semua peringkat Kehidupan dan nikmati kehidupan yang sihat.

Semoga bermanfaat *PMAJAYA*

Ahad, 13 Februari 2022

TUKAR CARA BERDOA


INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

🍀FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

🍀FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

🍀FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

🍀FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

🍀FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

🍀FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Sumber : Tanyalah ustaz via Hasmah Solan

Isnin, 24 Januari 2022

Pemikir Hebat

Hari ini berjumpa mentor yang dah lama tak jumpa. Bagi saya, dia seorang pemikir yang hebat. 

Kadang bercakap pasal kerja, kadang bercakap pasal personal life dengannya. 

Bila tanya soalan, pasti ada wisdom yang saya dapat daripada dia. 

Antara soalan yang saya tanya hari ini,

“Bagaimana nak jadi pemikir yang hebat macam you?”

Ada 4 tingkat yang you perlu lalui untuk jadi pemikir yang hebat.

1/ Ilmu - garbage in, garbage out. Kalau apa yang you absorb tu bagus, baguslah jadinya. Kalau apa yang you absorb tu benda tah pape, buruklah jadinya.

My POV: Kalau kita nak jadi pemikir yang hebat, kalau setiap hari scroll benda-benda bukan bersifat ilmu, yang mengarut maka tidak hairan kenapa fikiran kita jadi teruk, mengarut. 

Kalau kita selalu scroll ilmu, tengok video tentang ilmu, pasti kita dapat sesuatu yang kita boleh gunakan dalam bisnes, kerjaya dan hidup.

2/ Amal - dah ada ilmu, cuba beramal. Beramal dengan ilmu yang kita dapat. 

Lama-lama beramal akan dapat kefahaman yang berbeza. 

3/ Ujian - kita akan diuji dengan apa yang kita cakap. Jadi bila kita beramal dengan ilmu tu, kita akan teruji.

4/ Hikmah - daripada ujian tu kita akan dapat hikmah daripada ilmu yang kita amal. 

Dengan adanya hikmahnya inilah, kita akan ada fikiran yang lebih matang dan jadi pemikir yang hebat. Itulah wisdom.

B. A. D

Bertanya Allah Dahulu a.k.a B.A.D 

Buku yang pernah popular saat dulu. The basic adalah sentiasa berdialog dengan Allah. Talk to Allah. 

Ini cerita terbaru. Baru sahaja terjadi tadi.

Nak pergi bank. Area di situ biasanya parking penuh lagi-lagi workdays. 

Rasa macam nak pergi pakai Grab. Walau dekat tengok tak berbaloi sebab mahal. 

Jadi masa mula drive dah siap-siap cakap dengan Allah,

"Ya Allah, hari ni aku nak pergi bank. Situ parking selalu penuh, aku mohon dapatlah parking dekat di situ. Dekat dengan bank tu."

Dekat nak sampai tu risau jugalah sebab tengok mostly parking penuh. Sampai di satu area, terjumpa 1 parking kosong. 

Masya-Allah. Alhamdulillah terima kasih Allah. Terus saya parking di situ. Jalan kaki 1 minit dah sampai.

Sebelum tu ada juga minta Allah permudahkan urusan. Biar cepat selesai. Alhamdulillah cepat juga selesai, semuanya lancar.

Begitulah bila kita selalu berkomunikasi dengan Allah. 

Rasa tenang, rasa senang hati. 

Tip ketika bercakap dengan Allah, 

+ Bersangka baik bila berdoa. Apa pun Allah beri sentiasa terbaik di sisi-nya. Kita plan, Allah juga ada plan. Yang terbaik adalah plannya Allah.

+ Berdoalah dalam keadaan yakin. Bila kita bersangka baik dengan Allah at the first place, kita akan berdoa dengan yakin ia dimakbulkan. 

Allah dulu, Allah lagi, Allah terus

Kredit : fb Insyirah Azhar

Rabu, 11 Mac 2020

MMR : SABAR



Draf 91: Petikan dari buku AMR (Amalan Menjemput Rezeki )
*******************
Sabar
*******************
Kita pernah mendengar orang menyuruh kita bersabar bila ditimpa musibah atau ujian.
“ Sabarlah...kejadian ini tentu ada hikmahnya” kata mereka.
Barangkali saudara sedang diuji dengan kekurangan wang. Atau mungkin tiada wang langsung!
Barangkali saudara sedang diuji dengan hubungan yang retak menunggu belah. Ia bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa saja, perkahwinan yang dibina dan pertahankan selama ini akan hancur berkecai.
Barangkali saudara diuji dengan perniagaan yang sedang rugi dan kelihatan akan terus rugi. Barangkali saudara sedang diuji dengan penyakit yang tidak sembuh-sembuh.
Apa pun ia, bersabarlah. Dan saya menyatakan ini dengan hati; kerana saya juga pernah merasai pelbagai ujian. Kita semua pernah melaluinya dan akan melaluinya.
Sungguh, saya mengharapkan saudara akan terus bertahan dan bersabar. Sesungguhnya segala musibah dan ujian hanya berlaku atas izin Allah. Tiada yang namanya kebetulan. Ia tidak berlaku sendiri. Bila Allah izin..., berlakulah ia. Jika Allah tidak izin..., terhindarlah kita dari musibah dan ujian itu.
Begitulah...
Pun begitu, bagaimana jika saya katakan, Allah beri ujian dan musibah kepada kita, kerana mahu memberi sesuatu yang lebih baik...?
Bagaimana jika saya katakan lagi, bahawa sesuatu yang akan Allah beri itu pasti dan pasti akan mengembirakan kita. Dan ia bersyarat. Jika syaratnya adalah sabar, agak-agak berapa lamakah kita sanggup bersabar...?
Kalau ditanya kepada saya, Insya-Allah saya akan sanggup bersabar, sebagaimana sabarnya kita menunggu hujan berhenti. Kerana memang hanya itulah yang sanggup kita lakukan. Memang kita faham, hujan hanya akan berhenti atas perintah Allah. Jadi, sabar sajalah.
Ujian dan musibah juga begitu. Ia datang dan pergi hanya atas izin Allah. Baik.., kerana saudara sudah sanggup begitu, silalah nikmati janji Allah di bawah ini. Allah menjelaskan melalui surah al-Baqarah, ayat 155:
“ Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa, serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.”
Wahai saudara yang dirahmati Allah, bukan setakat itu..., Allah berjanji lagi melalui surah yang sama pada ayat 153:
“ Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan dengan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.”
Nah, di sinilah rahsianya amalan sabar ini. Allah janji kepada mereka yang sabar dan solat akan diberi dua perkara. Iaitu akan mendapat berita gembira dan dijanjikan pertolongan Allah. Sekali lagi..., sabar dan solat ya...
Jangan sabar saja..., tetapi tidak solat. Nanti tidak ditolong Allah. Teruk kita nanti!

Kredit : Page Mudahnya Menjemput Rezeki

Ahad, 4 Ogos 2019

JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN SPOROTRICHOSIS!


Comel

Memang acik rasa nak meraung bila comel confirm dah infected by sporo
.
Acik mintak detail explanation dari doktor,  automatic masa tu air mata acik meleleh...uncontrolled .

2 hari mata acik bengkak...muka sembap sebab acik rasa acik macam tak adil pada comel. I have neglected you. Mengambil t/jawab nak menjaga  tapi tak beri penjagaan sewajarnya .
Naluri rasa acik pada comel sungguh rasanya seperti naluri pada anak sendiri.
.
Acik boleh rasa something wrong pada sistemic comel bila comel makin lemah. Rasa tu... oh sungguh sarat dalam hati. Berat rasanya .

Bincang dgn acik Udin, dia mmg tak sanggup nak tengok comel pergi. Dialah yang pergi segi cari ikan, siang, potong dan rebus utk comel
.
Kongsi duit bersama, acik sepakat nak rawat comel. Do the BEST
.

Tinggalkan comel di klinik utk warded,  rasa tu tak seronok. Malam rasa kosong sebab takde comel yang selalu mengacau tidur acik.
.

Doa... sungguh, doa acik pada Allah setiap waktu agar comel jadi kucing yang paling mudah dirawat, sistem immunity comel bertindakbalas dengan baik towards infection. Tiada satu pun komplikasi akan hinggap ke badan comel. .

Setiap kali drive pergi kerja pukul 6am,  lalu saja depan kawasan klinik, acik akan seru nama comel dan doa comel segera sembuh
.
Seni berdoa dengan penuh rasa positif berjaya, acik apply dlm doa pada comel .
Alhamdulillah, syukur dan seperti tak percaya dalam masa 16hari doktor bgtau comel kucing yang paling cepat sembuh. Sesungguhnya kesembuhan itu datang dari Allah jua
.
Hari ini acik gembira bila tengok comel dah boleh baring di celahan dakapan anak2 acik .
Berat comel dah macam Mon 😁
.
Dari comel acik belajar mcm2
.
Dulu kecik2 pernah bela kucing, 4 ekor jantan... Nini, Nana, Noni, Nonoi... tapi masa tu acik tau bela cara biasa je
.
Comel,  buat pencinta haiwan dan kucing pasti boleh rasa apa yg acik rasa. Tak nak kehilangan si comel yg sudah disayangi
.
Tiada yg mustahil dengan doa... dan kita susuli dgn tindakan yg betul

KEAJAIBAN BERLAKU APABILA MINDA PERCAYA!!

Selasa, 16 Julai 2019

Comel : Kasih Kepada Seekor Kucing


Kali pertama bertemu Comel 

     28/6/18, ingat lagi tarikh ni. Hari yang mana Comel jadi sebahagian kasih sayang kami. "Mak suruh buang, saya lepaskan kat depan ni boleh tak" kata N kawan sekerja saya. Huish,  minda saya dah terbayang si bulus ni kena lenyek dengan tayar kereta. Oh no!! Jangan!! WhatsApp suami gambar dia & tanya " nak jaga tak?" Tak ingat suami jawab apa, tapi saya nekad bawak dia balik. 

   Habis kerja saya bawak sangkar tu masuk kereta dan letak kat seat belakang. Si bulus ni duduk diam dan takut je rupanya. Sambil drive sambil toleh kot2 bulus tak selesa. Sampai rumah, mandikan dia bagi wangi dan cantik. Anak2 cukup suka kerumun si bulus. Suami,  perasaan tu tak tahu nak describes tapi dia sebenarnya sangat suka kucing 😉

   3 hari pertama bela Comel memang huru-hara 😂. Dia berak kat tepi tilam toto kat ruang tamu. Suami akak mengamuk 😂 "Kalau dia berak merata macam ni buang je lah" Akak tau suami tu marah sekejap je.. Esoknya dia bawak pasir kucing balik. Alhamdulillah... pandai pun Comel berak kat pasir. Settle satu masalah 

   Benda semua buat main bidan terjun. Gitu la rupanya 😁. Kita continue cerita Comel kat next entry 🤓










Ahad, 23 September 2018

Ubat Tidur Yang Mujarab


Draf 89: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeii)

********************
Ubat tidur yang mujarab

********************
Jika sudah berbaring tetapi mata masih sukar untuk dilelapkan. maka

1) Bacalah " Lailahaillallah" dalam bilangan menurun

2) Bermula dari angka 100 zikirkan kalimah itu sehingga angka 0.

3) Boleh juga kalau mahu bayangkan kita berada di tingkat 100 dan lif bergerak ke bawah. 

4) Tidak sampai angka kosong kita sudah terlelap. Boleh cuba.

Selasa, 4 April 2017

TAK CUKUP MASA ?


Tulisan asal : SA Insyirah 

Tuan Guru personal pesan,
// Jika rasa tak cukup masa, banyakkan spend time membaca Al Quran dengan bacaan yang telinga dapat dengar. Minima 40 minit. //
.
.
Semakin rasa tak cukup masa, tambahkan masa untuk baca Al Quran lebih lama
.
.
.
.
p/s: Saya tambah: 
.
.
Lazimi baca doa 'ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepada diriku walau dalam sekelip mata'
.
.
Insya-Allah akan sentiasa dibimbing Allah

Khamis, 9 Mac 2017

SIAPA KITA 5 TAHUN AKAN DATANG?


// Siapa kita 5 tahun akan datang bergantung kepada bagaimana kita bina perpustakaan perkataan kita pada saat ini. //
.
.
Leader berkongsi cerita bagaimana dia capai jualan RM1 juta pertama. Salah satu resipinya, dia selalu bergaul dengan pemilik bisnes yang jualan mereka lebih daripada RM1 juta.
.
.
Jadi apabila lepaking dengan mereka, perkataan yang selalu dia dengarkan, cakapkan adalah,
"Sale 1 juta, sale 10 juta."
.
.
Yang ada hanya juta, juta dan juta. Pada mulanya dia pun sendiri tak biasa. Tetapi setelah capai, dia mula rasa sikitnya jualan RM2 juta sebab minda yang sudah upgrade.
.
.
Daripada sudut lain, ia juga dinamakan programming. Sebab itu 2 perkara yang akan ubah manusia :- dengan siapa dia berkawan dan buku apa dia baca.
.
.
Tapi sebenarnya SATU kunci yang akan ubah manusia iaitu PERKATAAN.
.
.
Cakap pun perkataan 
Dengar pun perkataan 
Nampak pun perkataan 
.
.
Buku tu ada apa? Perkataan --- abjad A-Z, nombor 0-9. Siapa dia berkawan? Sebab kawan tu adalah refleksi perkataan apa yang dia selalu bualkan.
.
.
Andai perkataan negatif yang didendangkan, maka penuhlah perpustakaan perkataan dalam diri negatif. Jika positif, maka positiflah kita jadinya. 
.
.
Dalam erti kata lain --- programming adalah doa. Apabila diri biasakan dengan perkataan positif, maka jadilah doa yang baik-baik. 
.
.
Tulis yang baik baik
Cakap yang baik baik
Fikir yang baik baik
Kawan dengan orang orang yang baik
.
.
Maka hidup kita akan terpenuh dengan irama doa yang baik baik sahaja
.
.
Dengan itu, pasti yang berlaku dalam hidup perkara yang baik baik sahaja. Walauapapun berlaku, yang kita rasa ini yang baik baik sahaja.
.
.
Indah kan?
.
.
Kerana itu saya biasakan diri menulis Diari Kun Faya Kuun. Biar terbiasa harian saya terpenuh dan terkenyangkan dengan irama doa yang baik baik.
.
.
Tugas insan hanya meminta kepada Pencipta. Dia sahajalah yang layak memakbulkannya. Maka mintalah --- itulah refleksi pengakuan keterbasan seorang hamba.
.
.
#SWOTje

Khamis, 9 Februari 2017

CARA BERDOA CEPAT MAKBUL

Bagaimana nak yakin semasa berdoa?

 

Mentor Hipnosis saya selalu beri contoh begini semasa dalam kelas beliau.

"Siapa yang memandu hari ni untuk datang ke kelas? Cuba kalau balik ni orang cakap, balik nanti celakalah kau terlibat dalam kemalangan. 

Agak-agak apa rasa? Takut kan kalau betul-betul jadi? Dan mulalah kita cakap, "Jangan cakap macam tu beb, tu doa!"

Ajaib kan? Tang tak baik tu kita boleh cakap bab doa makbul.

Hah... macam tulah kena ada 'rasa' untuk apa sahaja doa kita yang baik-baik. Kena rasa bahagia, syukur dan yakin Allah Ya Sami' Ya Mujiib bakal memakbulkan doa kita.

Mintalah dengan yakin dengan Allah. Kukuhkan talian hayatmu denganNya kerana dia Ya Somad, sebaik-baik tempat pergantungan manusia.

Di penghujung hari Jumaat nanti duduklah dalam keadaan berwuduk dan menutup aurat, teruskan berdoa sesungguh hatimu, mengharap ehsan dan rahmatNya.

Petua dari Ustaz Ebit Lew, akhiri doa dengan zikir Ya Zaljalali wal Ikraam agar doa lebih cepat dimakbulkan. 

Didoakan apa sahaja hajat sahabat-sahabat saya dimakbulkan olehNya. 

Aamiin Ya Mujiib.

Rabu, 8 Februari 2017

SOLAT HAJAT BERKALI-KALI


Draf 93: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki )

********************
Ya Allah...

********************

Kata-kata di bawah ini saya petik dari buku ‘Jangan Bersedih’ karangan Dr ‘Aidh Bin Abudullah Al-Qadri.

Buku inilah yang menjadi peneman saya, ketika roda hidup menjunam ke bawah. Sungguh, berkali-kali air mata ini berderai dek terkesan dengan kata-kata beliau .

Sungguh, tangisan itu bukanlah tangisan sedih. Tangisan itu adalah tangisan gembira kerana mendapat suntikan semangat dari buku beliau. Alhamdulillah. Didoakan hajat dan impian Dr ‘Aidh dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.

Dan benar, akhirnya saya benar-benar bangkit dan mula menjadi ‘Pemburu Impian’. Walhal pada ketika itu, saya tidak punya apa-apa. Sungguh saya hanya ada impian. Saya sandarkan semuanya kepada Allah.

Kata Dr ‘Aidh melalui buku tersebut...
“Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak menghempas bergulung-gulung dan angin bertiup kencang dan berderu kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti, maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti,  dan segala hubungan terputus, mereka berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah: Oh Tuhan, Ya Allah!

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian air mata dan segala keluh-kesah kesedihan.

Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil. Dengan mengingati-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. Urat-urat saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap. “

Bila segala jalan kelihatan tertutup, apa lagi yang mampu kita lakukan selain, menyeru, Ya, Allah, Ya, Allah, Ya, Allah. 

***********************
Saudaraku warga MMR yang dihormati dan dikasihi

Ia boleh dilakukan melalui solat hajat. Kita boleh sujud berkali-kali, merayu dan merintih kepada-Nya. 

Mengapa solat hajat hanya sekali, bila kita tidak pernah dihalang untuk melakukan lebih? 

Bagaimana jika kita solat hajat  lima kali sehari?

Waktunya?

Sebelum Masuk waktu Subuh

Selepas Solat Dhuha

Selepas Zuhur

Selepas Magrib

Selepas Isyak

Selepas baca al-Fatihah baca sajalah surah yang pendek-pendek.

Kita solat hajat bukan ketika kita berhajat sahaja; semakin kerap kita solat hajat semakin hampir kita kepada Allah.

Samalah halnya , kita ziarah seseorang bukan ketika berhajat sahaja; semakin kerap kita ziarah semakin mesra kita dengannya.

Bila satu hari nanti, kita benar-benar berhajat; dengan dua rakaat solat hajat saja Allah sudah tunaikan hajat kita.

Amin.

Ahad, 5 Februari 2017

Zikir Nabi Yunus


Cerita pendek yang boleh membuat kita berfikir panjang.

*****************
Assalamua'laikum

Di sini ingin saya kongsikan satu cerita, saya berkerja kilang, sambil cari pendapatan lebih saya ambik upah menjahit jubah,

 

Pada suatu hari pagi saya telah menghantar tempahan jubah kepada seorang rakan, saya mendapat panggilan mengatakan jubah yang saya buat tak elok,saya berkata petang nanti saya akan ambik balik jubah tu. 

Sepanjang hari sampai ke petang saya membaca doa nabi Yunus lailla antasubha nakain kuntum minalzalimi dari pagi sampai petang, apa bila petang saya mendapat call, jubah tu ok, cam fesyen baru pula katanya.

Dalam Hati berkata Alhamdulillah Allah telah memberi pertolongan kepadaku , bukan senang nak outer balik hampir sepuluh pasang..... 

Renung- renungkanlah kekuasan Allah memudahkan urusan. 

Sekian terima kasih.

************************
Terima kasih banyak-banyak ya puan ...

Sebuah cerita yang simple dan berkesan.